Terkini Di Sukan Sri Aman

Thursday, November 15, 2007

Futsal Sri Aman Cungkil Bakat Baru

Futsal Sri Aman Cungkil Bakat Baru

Encik Abdul Rahman Shebli (wakil Residen Sri Aman) melakukan sepak mula sebagai pembuka tirai pertandingan
Pertandingan Futsal Bahagian Sri Aman 2004 yang diadakan di Stadium Mini Sri Aman bermula 21 hingga 30 Jun lalu dianggap berjaya mencungkil bakat-bakat baru di kalangan belia di bahagian ini. Bakat dan semangat berpasukan yang tinggi telah membawa pasukan Pejabat Daerah Sri Aman (D’ Off) muncul juara bagi pasukan lelaki dan pasukan Perkumpulan Wanita Sri Aman (Flower Horn) juara bagi pasukan wanita.

Beberapa pemain lelaki yang berbakat dalam pertandingan kali ini telah dipilih untuk mewakili Sri Aman ke Pertandingan Futsal Peringkat Bahagian 2004 yang diadakan di Bintulu bermula 7 hingga 10 Julai lalu. Begitu juga dengan para pemain wanita yang kemudiannya dipilih untuk mewakili Sri Aman ke Pertandingan Bola Sepak Wanita Peringkat Bahagian 2004, di Bintulu juga pada masa yang sama.

Pertandingan itu adalah sempena pelancaran Bulan Sukan Negara Peringkat Negeri Sarawak yang berpusat di Bintulu. Pertandingan Futsal Bahagian Sri Aman 2004 yang julung kalinya diadakan pada tahun ini merupakan anjuran Majlis Sukan Bahagian dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Urbanisasi dan Sosial (KPSU) Sri Aman.

Sebanyak 35 buah pasukan telah menyertai pertandingan itu yang terbahagi kepada lapan kumpulan. Daripada bilangan itu, tiga merupakan pasukan wanita yang dimasukkan dalam satu kumpulan.

No comments:

Contributors