Terkini Di Sukan Sri Aman

Thursday, November 15, 2007

Sambutan Hari Jadi TYT Di Sri Aman

Yang Di-Pertua Negeri, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Mohammad Salahuddin disambut oleh YB Dato Sri Haji Adenan Satem sebaik sahaja tiba di Kompleks Sukan Sri Aman
Sambutan Hari Jadi Ke-81 Yang Di-Pertua Negeri, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin pada tahun ini yang berpusat di Sri Aman disambut meriah bermula pada 13 hingga 14 September lalu.

Sepanjang dua hari itu, pelbagai aturcara diadakan dan acara permulaannya ialah perlawanan akhir bola sepak piala Yayasan Sarawak di komplek sukan Sri Aman pada jam 3 petang. Pelawanan pada petang, 13 September itu turut disaksikan oleh Tun Salahuddin dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Alfred Jabu.

Manakala, pada sebelah malamnya majlis kesyukuran sempena Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri diadakan di Masjid Besar Sri Aman yang turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Abdul Taib Mahmud.

Turut diadakan ialah persembahan kebudayaan oleh Yayasan Kebudayaan Melayu diadakan di padang Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi.
Para tetamu kehormat menunggu ketibaan Yang Di-Pertua Negeri
Pada 14 September, Yang Di-Pertua Negeri dan Toh Puan Datin

Patinggi Hajah Norkiah dan tetamu kehormat lain menyaksikan perbarisan dan rapat raksasa di komplek sukan Sri Aman.

Perbarisan itu dihadiri lebih 50 kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta, badan beruniform, pelajar dan persatuan di Sri Aman. Sebaik sahaja selepas upacara itu, Yang Di-Pertua Negeri beredar ke Dewan Suarah untuk menghadiri penyerahan pelbagai pingat kepada 50 penerima.

Toh Puan Norkiah menyaksikan perlawanan bola sepak wanita di komplek sukan sebelum menjadi tetamu di Garden Tea Party.

Suasana di Kompleks Sukan Sri Aman pada hari perbarisan dan rapat raksaksa sempena Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri











Pada sebelah malamnya pula, Yang Di-Pertua Negeri dan isteri menghadiri jamuan makan malam di Dewan Suarah.

Aktiviti lain ialah pameran dua hari mengenai "Katakan Tidak kepada Jenayah" (Say No To Crime) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pameran pembangunan di Mini Stadium.

No comments:

Contributors