Terkini Di Sukan Sri Aman

Showing posts with label sepak takraw. Show all posts
Showing posts with label sepak takraw. Show all posts

Monday, December 3, 2007

Sepak Takraw

BOLA SEPAK TAKRAWwcup.jpg (15460 bytes)

Berbentuk bulat dan mempunyai 12 lubang dengan 20 pertemuan silang. Ianya diperbuat dari satu lapis rotan atau fiber sintetik. Jika ianya perbuat dari rotan, lapisan tersebut mestilah mengandungi diantara 9 hingga 11 urat. Ukuran galis lilitnya mestilah diantara 0.42m hingga 0.44m (0.43m hingga hingga 0.45m untuk Wanita). Berat bola sebelum dimainkan hendaklah diantara 170gm hingga 180gm (150gm hingga 160gm untuk Wanita).

PEMAIN PEMAIN

5.1. Sukan ini dimainkan oleh 2 Regu yang mana setiap Regu mengandungi 3 orang Pemain.

5.2. Salah seorang dari Pemain ini hendaklah berada dibelakang dan dinamakan Tekong.

5.3. Dua orang lagi Pemain hendaklah berada di hadapan, seorang disebelah kiri dan seorang lagi disebelah kanan. Pemain disebelah kiri dinamakan Apit Kiri manakala yang berada disebelah kanan dinamakan Apit Kanan.

Tiang & Jaring Sepak Takraw

TIANG SEPAK TAKRAW

2.1 Ukuran tiang
Tiang mestilah menpunyai ketinggi 1.55m (1.45m untuk Wanita) dari permukaan gelanggang dan hendaklah cucup teguh untuk mengekalkan ketegangan jaring. Ianya hendaklah diperbuat dari bahan yang teguh dan jejarinya tidak boleh melebihi 0.04m.

2.2 Kedudukan Tiang
Tiang hendaklah didirikan atau ditempatkan 0.3m dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan teras.

JARING SEPAK TAKRAWgenet.jpg (75769 bytes)

3.1 Jaring hendaklah diperbuat dari tali biasa atau nylon yang halus dengan siratan berukuran diantara 0.06m hingga 0.08m. Jaring hendaklah 0.7m lebar dan tidak melebihi 6.10m panjang dan pada kedua-dua hujungnya diletatkan pita 0.05m dari bahagian atas hingga kebawah dan hendaklah dalam kedudukan sebaris dan menegak dengan garisan tepi.Pita inidinamakan pita sempadan.

3.2. Dibahagian atas dan bawah jaring hendaklah dilapik dengan pita 0.05m yang diperkuat dengan benang atau nylon. Pita ini berfungsi sebagai pengampu tali regangan. Setelah diregang, bahagian atas jaring hendaklah 1.52m (1.42m untuk wanita) tinggi dibahagaian tengah gelanggang dan 1.55m (1.45m untuk wanita) ditiang.

a. 1.55m (1.42 untuk wanita) - ukuran ditepi tiang
b. 1.52m (1.45 untuk wanita) - ukuran dibahagian tengah jaring

Gelanggang Sepak Takraw

. GELANGGANG SEPAK TAKRAW

1.1 Ukuran gelanggang
Berukuran 13.4 x 6.1m dan bebas dari sebarang halangan setinggi 8m dari permukaan lantai ( gelanggang pasir dan rumput tidak digalakan).

1.2. Garisan Gelanggang
Lebar semua garisan gelanggang tidak boleh melebihi 0.04m
dan dilukis hala-dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Semua garisan hendaklah dilukis sekurang-kurangnya 3.0m dari sebarang halangan.

1.3. Garisan Teras
Garisan selebar 0.02m yang membahagaikan gelanggang kepada 2 bahagian yang sama besar.

1.4. Garisan Suku Bulatan
Pada pertemuan-silang antara garisan tengah dengan setiap garisan tepi, garisan suku bulatan hendaklah dilukis dari garisan tepi ke ke garisan tengah berjejari 0.9m diukur dan dilukis hala-keluar dari jejari 0.9m.

1.5. Bulatan Sepak Mula
Bulatan sepakmula berjejari 0.3m hendaklah dilukis pada petak kiri dan kanan gelanggang, yang man pusatnya adalah 2.45m dari garisan belakang gelanggang, 4.25m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05m dari garisan tepi. Garisan 0.04m ini hendaklah diukur dan dilukis hala keluar dari jejari 0.3m.

rulescourt.jpg (43644 bytes)

Undang Undang Sepak Takraw

Undang Undang Sepak Takraw world_ball.gif (1246 bytes)

Pindaan ini (SISTEM KIRAAN MATA) telah diluluskan pada 18hb November 2000 semasa
THE INTERNATIOANL SEPAKTAKRAW CONGRESS
BANGKOK, THAILAND

Pemain Sepak Takraw

Pemain Sepak Takraw

  • Tekong - yang melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang.
  • Apit kiri mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.
  • Apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

Sepak Takraw

Sepak takraw

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar
Bola takraw.
Bola takraw.

Sepak takraw merupakan sejenis permainan dua pasukan yang dianggotai oleh tiga pemain. Permainan sepak takraw mempunyai jaring yang memisahkan antara pemain dan dimainkan di gelanggang yang sama seperti badminton. Bola takraw pula diperbuat daripada rotan.

Sunday, December 2, 2007

Sepaktakraw vid 2

Sepak Takraw

Thursday, November 15, 2007

Kategori sepak takraw

Kategori sepak takraw

Program Pembangunan Sepak Takraw (PPST) SRI AMAN.

Seramai 31 orang peserta telah menyertai Program Pembangunan Sepak Takrawdi bawah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri SARAWAK.Bertempat di SMK SRI AMAN . Program tersebut merangkumi undang-undang permainan, sains sukan, latihan kemahiran khusus dan pegangan leda perbincangan. Program tersebut akan sentiasa diadakan tiap-tiap tahun untuk mencari bakat-bakat baru untuk menjadi pelapis di masa

akan datang.Antara sekolah yang terlibat ialah SMK SRI AMAN,SMK LUBOK ANTU,SMK SIMANGGANG,SMK ENGKELILI&SMK MELUGU..Objektif utama program tersebut ialah mencari & mencungkil bakat-bakat baru yang terpendam.

Kejohanan Sepak Takraw anjuran Unit SABERKAS DAERAH SRI AMAN.

Unit SABERKAS, SRIA AMAN mengadakan Pertandingan Sepak Takraw di Mini Stadium Daerah tersebut.

Kejohanan tersebut terbahagi kepada tiga kategori iaitu novis, terbuka dan veteran. Kategori novis terbuka kepada pasukan yang ingin turut serta dan mana-mana pemain yang mewakili negeri anjuran Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Sukma, Maksak, Bahagian dan Jabatan pada kejohanan Piala Sarawak tidak dibenarkan menyertai pertandingan. Kategori terbuka tidak mengenakan syarat manakala kategori veteran hanya terbuka kepada penduduk Bandar Sri Aman yang berusia 45 tahun ke atas.

Contributors