17 June 2007
Pesta Benak Sri Aman 2007
Hari ni aku dgn family aku pegi ke sri aman (120km dpd tempat aku) untuk menyaksikan pesta benak yang diadakan di sana dpd 15-17 Jun, kiranya hari ni hari terakhir la. Pesta benak ni adalah pesta air tahunan yang diadakan di sri aman, dan aktiviti utamanya adalah lumba perahu. Sebenarnya pesta air sebegini bukan sahaja diadakan di sri aman, malahan di kebanyakan region bahagian selatan sarawak (termasuk di tempat aku, sehinggalah ke kuching). Namun di tempat2 lain event ini dikenali sebagai regatta. Ia dikenali sebagai pesta benak di sri aman kerana kat malaysia ni, sungai batang lupar sri aman merupakan satu2nya sungai yg mempunyai benak @ berombak besar (mencecah 10 meter) pada waktu2 tertentu, contohnya ketika bulan mengambang atau air pasang, tanpa sebarang tiupan angin! ajaib kan? (fakta: termasuk batang lupar, ada 55 buah sungai sahaja yg mengalami fenomena sebegini di seluruh dunia). Walaupun acara utamanya adalah lumba perahu, sudah menjadi tradisi rakyat sarawak untuk menyambut pesta air ini dengan meriah, disertai dengan pelbagai jenis jualan, mini2 expo, pertunjukan bunga api hinggalah konsert artis2 jemputan dpd luar. Oh ya, seumur hidup aku ni la dia 1st time aku pegi tengok pesta benak ni, sebelum ni tak pernah ada kesempatan sebab jauh kan..
Kami bertolak dr rumah pd pukul 6.20 pagi dan sampai di sri aman lebih kurang pukul 8.00. Seperti yang dijangkakan, mmg tempat parking susah nak dapat especially di tempat2 letak kereta di tengah bandar. So, bapak aku decide utk parking jauh sikit iaitu dekat masjid sri aman (jauh sikit ker? dekat 1km jugak tu dpd tempat tengok perahu berlepas). Mula2 tu bapak aku tinggalkan mak dgn aku kejap nak beli topup henfon, so kami berdua pun pegi ke satu area bukit di tepi sungai batang lupar sri aman yang mana dekat situ mmg nampak jelas semua perahu2 yg lalu. Sesak takyah cakap la, setiap anak tangga bukit tu ada je orang yg duduk sebab kat situ redup, banyak pokok.
Pastu kitorang pun berjalan kaki ke kwsn bandar. Lepas makan & jalan2 kejap, kitorang pun pergi ke pondok di tepi sungai utk melihat perahu berlepas. Ada la dalam beberapa perahu yg melintas masa kitorang baru sampai tu, pastu mmg langsung xde dah. Bapak aku yg excited tu tercongok lagi dgn kawan2 dia dok tunggu, bila aku dgn mak aku dah mula rasa boring sbb tunggu dekat setengah jam xde perahu lagi. Apa lagi, aku pun terus ajak mak aku jalan2, dia set jer.
Tapi jalan tu tak lama la, bila kitorang balik ke pondok tadi tu utk jumpa bapak aku.. still, xde lagi perahu yg berlepas. Bapak aku pun dah start bosan gak, pastu terus berjalan lagi la kita 3 orang! Ahakss! Bestnyer!! Macam2 gerai dibuka, korang tengok la sendiri kat bawah ni..
Ada yg jual beg...
Yg jual kereta pun ada!
Tapi malangnya tak lama lepas tu, hari pun mendung & hujan dah mula turun. Aiyo, kitorang meredah hujan rintik2 tu utk balik ke kereta...
1 comment:
please remove this entry from your list.. ur using it without my permission.. thx..
Post a Comment