:: Peraturan Permainan
--------------------------------------------------------------------------------
1. BOLA SEPAK
1.1. Pertandingan dijalankan secara liga, 9 sebelah.
1.2. Setiap pasukan hendaklah mendaftar seramai 14 orang pemain yang terdiri
daripada pegawai penyelidik/eksekutif dan sekurang-kurangnya tiga(3) orang pemain veteran.
1.3. Permainan boleh dijalankan apabila satu-satu pasukan mempunyai sekurang-kurangnya tujuh (7) orang pemain. Jika pemain mencukupi 9 orang, ia hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya dua (2) orang pemain veteren.
1.4. Kecuali bagi perlawanan pertama, sekiranya pasukan tidak hadir selepas 15 minit masa yang ditetapkan, pasukan tersebut adalah dikira kalah (walk over). Bagi pasukan yang ‘walk over’ semua keputusan perlawanan yang berkaitan dengan pasukan tersebut adalah dibatalkan.
1.5. Masa permainan pusingan awal adalah 71/2 minit + 71/2 minit dan tiada masa rehat. Bagi pertandingan separuh akhir dan akhir, masa permainan adalah 10 minit + 10 minit. Jika permainan adalah seri, sepakan penalti sebanyak 3+1+1 akan dijalankan. Sekiranya keputusan masih seri, sepakan penalty akan diteruskan secara ‘sudden death’.
1.6. Pemain yang mendapat dua(2) kali kad kuning tidak dibenarkan bermain untuk satu perlawanan berikutnya.
1.7. Pemain - Pemain yang dikenakan Kad Kuning 2 kali dalam perlawanan tidak dibenarkan untuk satu permainan berikutnya. Manakala pemain yang mendapat kad merah akan digantung dua (2) perlawanan berikutnya.
1.8. Bola jenis ‘Adidas Rtaria First Grade’ akan digunakan pada setiap perlawanan dan perlawanan akan dijalankan mengikut undang-undang FIFA
1.9. Tiga (3) orang pemain boleh ditukar bila-bila masa.
1.10. Mata kemenangan perlawanan adalah seperti berikut :
· Menang – 3 mata
· Seri - 1 mata
1.11. Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan menjadi juara dan yang kedua tertinggi akan menjadi naib juara. Jika terdapat persamaan mata, perkara-perkara dibawah akan diambil kira;
· Perbezaan gol
· Jumlah gol diperolehi/dimenangi
· Jumlah gol yang kena
· Pernah mengalahkan pasukan lawan
Terkini Di Sukan Sri Aman
Monday, December 3, 2007
Peraturan Bola Sepak 9 Sebelah
Posted by notty_boy at 10:54 PM
Labels: Bola Sepak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment