Terkini Di Sukan Sri Aman

Monday, December 3, 2007

Regatta Pesta Benak Sri Aman 2007

Regatta Pesta Benak Sri Aman 2007

Majlis Daerah Sri Aman sekali lagi diberi kepercayaan untuk menganjurkan Regatta Pesta Benak 2007 sempena dengan Pesta Benak Sri Aman yang akan berlangsung pada 15 - 17 Jun 2007 yang akan datang kelak. Sebanyak 6 acara yang akan dipertandingkan iaitu Lumba Perahu yang dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Kategori jabatan Kerajaan / Swasta / Kelab dan Kategori kampung / Rumah Panjang / Pasar, Lumba Injim Pam 6 k.k ke bawah, Lumab Bot Laju 40 k.k, Melawan Arus 15 Perempuan, Melawan Arus 30 Lelaki dan akhir sekali Lumba Benak ( Lelaki ).Borang penyertaan boleh didapati di Bahagian Pentadbiran, Majlis Daerah Sri Aman. Tarikh tutup penyertaan Regatta adalah pada 29 Mei 2007, mana-mana borang yang lewat sampai ke Bahagian Urusetia Regatta tidak akan dilayan. Tarikh untuk cabutan alur pula akan diadakan pada 8 Jun 2007 di Bilik Mesyuarat, Tingkat 3 Bangunan Perpustakaan MDSA jam 3.00 petang.

No comments:

Contributors