Terkini Di Sukan Sri Aman

Monday, December 3, 2007

Pembangunan Kompleks Sukan Sri Aman

Kompleks Sukan Sri Aman

Jabatan Kerja Raya Bahagian Sri Aman telah menyiapkan tiga buah projek bangunan pada tahun 2005 dan sebuah lagi projek pada awal tahun ini yang mampu memberi keselesaan kepada penggunanya.

Dua daripadanya ialah projek pembinaan dan penyiapan Blok Makmal Komputer di SMK Melugu dan di SK Selepong, Sri Aman yang telah disiapkan pada April 2005. Masing-masing melibatkan kos pembinaan kira-kira RM 233 ribu dan RM 179 ribu.

Projek pembinaan Makmal Komputer itu telah menyediakan persekitaran yang lebih selesa kepada para pelajar di dua buah sekolah berkenaan melaksanakan proses pembelajaran dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).
Stadium Tertutup Sri Aman

Sementara itu, Kompleks Sukan Tertutup Sri Aman dan Kolam Renang Sri Aman yang menelan kos kira-kira RM 11.62 juta telah disiapkan pada Julai 2005.

Pembinaannya melibatkan satu blok stadium tertutup, bangunan perkhidmatan, bilik persalinan, kolam renang dewasa, kolam renang kanak-kanak dan bilik tenaga. Kemudahan itu telah menyediakan prasarana sukan dan riadah yang moden dan selesa bagi penduduk Bandar Sri Aman.

Sebuah lagi projek yang baru disiapkan ialah Kompleks Pejabat dan Stor Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Aman yang melibatkan kos kira-kira RM 689 ribu.

Pembinaan pejabat dua tingkat dan stor setingkat itu menyediakan suasana bekerja yang lebih kondusif di pejabat dan serta kemudahan penstoran yang lebih sistematik dan luas bagi Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Aman.

Kemudahan yang disediakan hasil daripada projek bangunan baru yang dikendalikan oleh JKR Bahagian Sri Aman itu telah memberi peluang kepada para penggunanya menikmati kemudahan yang lebih sempurna dan selesa.

Projek seumpamanya akan diteruskan dan dipergiat dalam tahun ini serta sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan bagi meningkatkan mutu bangunan kerajaan dan awam demi keselesaan pengguna.

No comments:

Contributors