[Ahad: 17 Jun 2007]
Bandar Sri Aman yang sebelum ini sunyi sepi, minggu ini penuh sesak dengan lautan manusia. Ribuan pengunjung bertumpu ke bandar ini sejak 14 Jun untuk meraikan acara tahunan yang menjadi kebanggaan penduduk Sri Aman--Pesta Benak 2007. Kalau di Semenanjung "benak" maksudnya lembab memahami sesuatu tetapi di sini lain maknanya.
Benak (tidal bore) ialah istilah tempatan yang merujuk kejadian air pasang secara tiba-tiba. Ia merupakan satu kejadian semulajadi yang berlaku akibat keadaan dasar sungai yang cetek. Apabila air pasang permukaan air akan membentuk ombak yang beralun menuju bahagian hulu sungai.
Itu kisah saintifik. Lagenda dan mitosnya pula berbeza. Mengikut kepercayaan masyarakat Iban, pada zaman dahulu seorang wanita Iban telah dibunuh. Mayatnya dibuang ke dalam sungai Batang Lupar. Ayahnya, seorang pahlawan, dikatakan terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan anaknya tetapi lemas. Rohnya dikatakan bertukar menjadi benak hingga ke hari ini.
Benak yang berlaku di sungai Batang Lupar merupakan satu-satunya yang masih aktif di Malaysia dan antara 56 kejadian benak di seluruh dunia.
Bercakap pasal Pesta Benak ni, saya mendapati sambutan pada tahun ni agak meriah dan ramai pengunjung. Walaupun hujan sekali-sekala pada petang dan malam, pengunjung dari seluruh pelusuk Sarawak terus datang berpusu-pusu menyaksikan pelbagai acara yang diadakan. Acara lumba perahu, persembahan kebudayaan, gerai jualan, Benak Idol dan Ratu Benak menjadi tarikan.
Syabas kepada Residen, Abang Shamsuddin Abang Seruji dan anggota Jawatankuasa Pesta Benak 2007.
Terkini Di Sukan Sri Aman
Monday, December 3, 2007
pesta benak
Posted by notty_boy at 12:44 AM
Labels: Pesta Benak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment