Terkini Di Sukan Sri Aman

Monday, December 3, 2007

Perasmian Komplek Sukan Mini Lubok Antu

Perasmian Komplek Sukan Mini Lubok Antu

Tarikh: 21 SEPT 2006






Komplek Sukan Mini di Lubok Antu yang menelan perbelanjaan kira-kira RM3.5 juta kini mampu memberi keselesaan kepada para penduduk sekitarnya untuk mendapatkan prasarana sukan yang moden seperti mana yang terdapat di daerah-daerah lain di negeri ini.

Peruntukan bagi pelaksanaannya telah disediakan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) yang seterusnya memberi ruang bagi kerja-kerja pembinaan dimulakan pada tahun 2001 iaitu pada awal Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8).

Majlis perasmian kompleks sukan itu telah disempurnakan oleh Ketua Menteri, YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud baru-baru ini di Dewan Serbaguna Lubok Antu.

Ketua Menteri dalam ucapan perasmiannya menjelaskan bahawa kemudahan yang disediakan itu merupakan satu contoh penting bahawa penduduk di kawasan luar bandar tidak akan ketinggalan daripada menikmati arus pembangunan negeri ini.

Paling mustahak adalah sokongan daripada penduduk terhadap usaha kerajaan dalam melaksanakan proses pembangunan di kawasan mereka supaya pelbagai projek kerajaan dapat disediakan dengan lebih cepat.

Komplek Sukan Mini di Lubok Antu mempunyai kapasiti kira-kira 1,000 tempat duduk. Selain itu, ia juga menempatkan tiga buah gelanggang badminton dan sebuah gelanggang bola jaring.



No comments:

Contributors