Terkini Di Sukan Sri Aman

Monday, December 3, 2007

Gelanggang Sepak Takraw

. GELANGGANG SEPAK TAKRAW

1.1 Ukuran gelanggang
Berukuran 13.4 x 6.1m dan bebas dari sebarang halangan setinggi 8m dari permukaan lantai ( gelanggang pasir dan rumput tidak digalakan).

1.2. Garisan Gelanggang
Lebar semua garisan gelanggang tidak boleh melebihi 0.04m
dan dilukis hala-dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Semua garisan hendaklah dilukis sekurang-kurangnya 3.0m dari sebarang halangan.

1.3. Garisan Teras
Garisan selebar 0.02m yang membahagaikan gelanggang kepada 2 bahagian yang sama besar.

1.4. Garisan Suku Bulatan
Pada pertemuan-silang antara garisan tengah dengan setiap garisan tepi, garisan suku bulatan hendaklah dilukis dari garisan tepi ke ke garisan tengah berjejari 0.9m diukur dan dilukis hala-keluar dari jejari 0.9m.

1.5. Bulatan Sepak Mula
Bulatan sepakmula berjejari 0.3m hendaklah dilukis pada petak kiri dan kanan gelanggang, yang man pusatnya adalah 2.45m dari garisan belakang gelanggang, 4.25m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05m dari garisan tepi. Garisan 0.04m ini hendaklah diukur dan dilukis hala keluar dari jejari 0.3m.

rulescourt.jpg (43644 bytes)

No comments: