Terkini Di Sukan Sri Aman

Sunday, December 2, 2007

Pesta Benak 2006 Sri Aman

Sri Aman, Ahad (11.08.2006) - Landas telah menjuarai Acara Sakai 25 & 30 dan terus menjuarai Piala Pusingan Kejohanan Sakai 25 pada hari penutupan Pesta Benak 2006 pada 13.08.2006 lalu membawa pulang Piala Pusingan Sakai 25 (2005) dan Piala Pusingan Sakai 25 (2006) sumbangan Ketua Menteri YAB Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib Mahmud. Dalam pusingan terakhir Kejohanan Sakai 30, Landas tewas kepada Raja Batang Lupar milik MDSA pada peringkat akhir dan hanya menduduki tempat ke-3 dalam pusingan terakhir merebut Juara Piala Pusingan Sakai 30. Namun dalam acara Sakai 30 Melawan Arus yang berlangsung pada 12.08.2006, Landas menjuarai acara tersebut dengan penuh bergaya apabila berjaya meninggalkan perahu-perahu lain jauh dibelakang.
Pendayung mendengar taklimat akhir yang diberikan
Wajah wajah gembira warga Landas
Ketua Jurulatih bersama  Presiden Landas Sri Aman
Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman yang juga Presiden Landas (Sri Aman) dan Jurulatih, En. Wahap Dillah berperanan besar dalam usaha meraih kemenangan ini. "Landas Raja Air !! Tiada No. 2 & 3, hanya No. 1", kata-kata semangat daripada Penguasa, Tuan Haji Ajmaen Bin Haji Superi. Tahniah kepada semua yang menyumbang kearah kecemerlangan Landas.
Menang...menang...menang... Benak yang mencuri perhatian pengunjung Benak Sri Aman
Pendayung Landas....
Advisor : Tuan Haji Ajmaen Bin Haji Superi
Info & Image Credit : Arip Bin Abong






























































No comments: