Terkini Di Sukan Sri Aman

Monday, December 3, 2007

Acara Baru Pesta Benak

Dua Acara Baru Pesta Benak Pikat Minat Pengunjung

Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin menyampaikan hadiah kepada pemenang
acaraLumba Sakai 30 Melawan Arus
Dua acara baru, Pertandingan Ratu Benak dan Lumba Sakai 30 Melawan Arus yang diperkenal dalam Pesta Benak 2004 tahun ini nyata berjaya pikat minat ribuan pengunjung. Pengenalan dua acara baru itu merupakan sebahagian daripada langkah pihak Jawatankuasa Pengelola yang dipengerusi oleh Dr. Ngenang Janggu untuk menarik minat kehadiran pengunjung dan memeriahkan suasana Pesta Benak 2004 yang diadakan di sekitar Bandar Sri Aman bermula 7 hingga 9 Mei lalu.

Pertandingan Ratu Benak itu disertai 12 peserta yang berentap dalam dua kategori iaitu Ratu Ibu dan Ratu Kebaya. Puan Enrica Della Anene telah dimahkotakan sebagai pemenang bagi kategori Ratu Ibu dan Puan Shamsiah Suud memenangi kategori Ratu Kebaya. Lumba Sakai 30 Melawan Arus yang diadakan pula memberi peluang kepada para pengunjung menyaksikan penyertaan 30 orang peserta dalam sebuah sakai (perahu panjang) berlumba melawan arus di Batang Lupar.

Acara itu menyaksikan pasukan Ahli Parlimen Santubong, Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dengan perahu yang diberi nama ‘Demak II’ muncul sebagai juara Kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahhudin untuk turut sama menyaksikan dua acara baru itu serta acara-acara lain yang diadakan sepanjang sambutan kali ini turut memeriahkan suasana. Aktiviti-aktiviti lain yang diadakan pada sambutan kali ini ialah acara Regatta, Pameran Pembangunan, Malam Persembahan Kesenian, Pertandingan Karaoke, Pertandingan Fotografi, Pesta Ria, Gerai Jualan Makanan Terbuka/Jualan Beraneka, Sukaneka Air, Heli Joy Ride dan Kembara Pesta Benak 2004.

Ini merupakan kali ketiga Pesta Benak dianjurkan di Bandar Sri Aman, sejak diperkenal pada tahun 2001.

No comments:

Contributors