Terkini Di Sukan Sri Aman

Monday, December 3, 2007

Sukan MAKSAK Sri Aman

Sri Aman Tuan Rumah Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif MAKSAK Sarawak 2005

Datuk Amar Haji Abdul Aziz dan Datu Wilson bemesra dengan salah seorang
penghuni

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif MAKSAK Sarawak buat pertama kalinya telah diadakan di luar Kuching dan tempat yang bertuah dipilih untuk dijadikan venue mesyuarat tersebut pada kali ini ialah Bandar Sri Aman.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YB Datuk Amar Haji Abdul Aziz Dato Haji Husain, Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Yang DiPertua MAKSAK Sarawak.

Turut hadir di mesyuarat tersebut ialah YBhg. Datu Wilson Baya Dandut, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sumber Manusia) merangkap Naib Yang DiPertua I MAKSAK Sarawak dan juga YBhg. Datu Haji Salleh Sulaiman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Naib Yang DiPertua II MAKSAK Sarawak.

Dalam ucapan pembukaan beliau, YB Datuk Amar telah menyatakan tujuan mengadakan mesyuarat di luar Kuching ialah untuk memberi kesempatan kepada ahli MAKSAK Bahagian mengenali dan berinteraksi dengan ahli exco MAKSAK serta menyuarakan pendapat mereka tentang MAKSAK.

Selain dari itu, ianya mengambarkan sikap prihatin Exco MAKSAK kepada MAKSAK Bahagian dan menunujukkan ahli-ahli di bahgaian bahawa kita serious mengenai MAKSAK.

Seterusnya, ia memberi peluang melihat sendiri perkembangan MAKSAK Bahagian dan bagi MAKSAK Bahagian lain, mereka boleh membuat perbandingan dan mencontohi perkara baik dari MAKSAK Bahagian lain.

Dalam mesyuarat tersebut, En. Maria Hasman, Residen Bahagian Limbang telah menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankusa Eksekutif yang berikutnya yang dijangkakan pada bulan Januari 2006.

Pemain Pasukan Residen Sri Aman, Pegawai Daerah Sri Aman menerima hadiah daripada Datuk Amar


Sempena mesyuarat itu, beberapa aktiviti sampingan telah diadakan. Antaranya ialah aktiviti sukan. Sukan yang telah diadakan ialah Sukan Golf yang diadakan di Kelab Golf, Kem Pakit Sri Aman dan Sukan Badminton. Sukan badminton telah diadakan antara 3 pasukan iaitu Pasukan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pasukan Exco MAKSAK dan Pasukan Residen Sri Aman.

Pertandingan badminton telah dimenangi oleh pasukan Setiausaha Kerajaan Negeri yang diketuai sendiri oleh YB Datuk Amar Setiausaha Kerajaan Negeri. Sempena mesyuarat tersebut juga, YB Datuk Amar Haji Abdul Aziz Dato Haji Husain, telah membawa ahli-ahli mesyuarat mengadakan lawatan ke Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman.

No comments:

Contributors