Terkini Di Sukan Sri Aman

Thursday, November 15, 2007

Kategori sepak takraw

Kategori sepak takraw

Program Pembangunan Sepak Takraw (PPST) SRI AMAN.

Seramai 31 orang peserta telah menyertai Program Pembangunan Sepak Takrawdi bawah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri SARAWAK.Bertempat di SMK SRI AMAN . Program tersebut merangkumi undang-undang permainan, sains sukan, latihan kemahiran khusus dan pegangan leda perbincangan. Program tersebut akan sentiasa diadakan tiap-tiap tahun untuk mencari bakat-bakat baru untuk menjadi pelapis di masa

akan datang.Antara sekolah yang terlibat ialah SMK SRI AMAN,SMK LUBOK ANTU,SMK SIMANGGANG,SMK ENGKELILI&SMK MELUGU..Objektif utama program tersebut ialah mencari & mencungkil bakat-bakat baru yang terpendam.

Kejohanan Sepak Takraw anjuran Unit SABERKAS DAERAH SRI AMAN.

Unit SABERKAS, SRIA AMAN mengadakan Pertandingan Sepak Takraw di Mini Stadium Daerah tersebut.

Kejohanan tersebut terbahagi kepada tiga kategori iaitu novis, terbuka dan veteran. Kategori novis terbuka kepada pasukan yang ingin turut serta dan mana-mana pemain yang mewakili negeri anjuran Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Sukma, Maksak, Bahagian dan Jabatan pada kejohanan Piala Sarawak tidak dibenarkan menyertai pertandingan. Kategori terbuka tidak mengenakan syarat manakala kategori veteran hanya terbuka kepada penduduk Bandar Sri Aman yang berusia 45 tahun ke atas.

No comments:

Contributors